Saturday, March 23, 2013

Si Jantung Hati

Kenapa tajuknya berlainan kali ini?
Sebab inilah cerita yang terbaru.. 

Dah genap setahun lebih aku dan dia..
Dia yang berjaya memikat dan membuka hatiku kembali..

Inilah orangnya

Dalam setahun lebih ini, pelbagai dugaan dan cabaran yang aku tempuh dan kena lalui bersama dia..

Suka duka, cerita ketawa mahupun sedih bersama dia...
Namun aku tetap tabah dan sabar mengharunginya...

Dan dalam setahun lebih ini juga, ada agenda dan perancangannya seperti gambar di bawah...


Jeng jeng jeng

InsyaAllah sampai masanya nnti, aku akan beritahu pada sahabat dan taulan..
Tunggu je masanya tiba..

Doakan aku dan dia sentiasa berpanjangan jodoh hendaknya. Amin Ya Rabbal Alamin..(^_^)

Selamanya Dihati

Sejarah Baru

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia..

Rasanya dah lama aku x update blog ni.. Dekat setahun rasanya.. Mujurlah sahabat aku ingatkan aku tentang wujudnya blog ni.. Sungguh kelakarkan.. (^_^)

Berbagai pengalaman susah senang, pahit manis yang aku lalui selama setahun ni.. Antaranya, hati aku dah berpunya!!
Yang itu aku akan ceritakan dalam post2 yang seterusnya..

Itu sahaja penceritaan aku setakat ni...

-sekian terima kasih-

Wednesday, July 18, 2012

sungguh lama...

Sungguh lama rasenye aku x update blog..
pejam celik da nak masuk bulan ramadhan..
bnyk perkara yg terjadi dlm tahun ni..
ade yg sedih, dan ade yg gembira...

Skang ni nak update blog, aku da x payah pakai pc..
pakai hp cap ayam pown boleh... :)

Di harapkan puasa kali ini, dapat memberi perubahan dan manfaat kepada kita bersama...

Moga anda semua lebih kaya dan berjaya... :)

Monday, January 9, 2012

Kasih Yang Terputus..

Semakin hari semakin sayu hati aku..

Setiap mlm ku teringatkan dia...

Setiap mlm ku tatap gambar dia..

Setiap detik hati ku tidak pernah melupakan dia..


Namun apa daya tiada jodoh dan rezeki aku untuk berjumpa mahu pown bercakap dgn dia kerana dia sudah menjadi hak org lain..

Apa yg boleh aku lakukan hanya berdoa supaya dia sentiasa selamat dan di jauhi dari sebarang perkara buruk atau musibah...


Kasih ku terhadapnya tidak pernah pudar sekali pown kami sudah tidak berhubung.....

Hanya memori terindah menjadi satu sejarah buat hidupku..

Terima kasih kerana memberi ku rasa kebahagiaan walau pown hanya seketika...




Sekian...

Happy New Year..

Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat lagi utk aku ucapkan "Selamat Datang 2012"..


Apa yg aku harapkan, tahun 2012 ini menjadi tahun yg bermakna dalam hidup aku dan keluarga aku..

Cukuplah dgn kenangan tahun 2011 yg penuh liku, pancaroba, halangan dan dugaan..


Dan moga tahun baru ini, menjadi tahun yg paling mengembirakan dan menjadi satu tahun sejarah buat aku..

Sekian..

Monday, August 8, 2011

Ehhhh, Dah Puasa ke....

Hai kawan2...
Salam Ramadhan utk semua....
Dah lame x berkesempatan utk update blog...

Pejam celik da masuk bulan Ramadhan..
Pejam celik lagi pastu nak raya dah...

Alhamdulillah puasa tahun ni dapat aku sambut sekali lagi...

Cuma....

Bulan Ramadhan kali ini betul2 menguji kesabaran aku....
Dengan pelbagai ragam manusia..
Dgn pelbagai musibah yg menimpa..

Semua itu menjadikan aku lebih cekal dan tabah untuk menempuhi hari2 berikutnya....

Dan aku sentiasa berdoa agar bulan Ramadhan ini menjadi bulan rezeki pada aku, keluarga aku dan pada semua....

Monday, July 4, 2011

Kesabaran Dan Keimanan Teruji..

Ade lagi manusia di atas muka bumi ini yg masih mengamalkan cara hidup di zaman dolu2 kala...

Di zaman yg maju dan serba canggih ini ade lagi yg menggunakan cara2 kuno utk menyakiti orang lain..

Kenapa perlu buat semua tu?
Kenapa perlu buat pada orang2 yg susah???

Kenapa perlu susahkan keluarga aku???
Nasib baik kene kat aku..
Kalau kene kat ahli keluarga aku yg lain lagi naya..

Alhamdulillah semuanya beransur pulih...
Aku bersyukur dan bila perkara ini berlaku, lagi mendekatkan aku padaNya..